Itinerari Padang, Indonesia - Hari #1 (Minangkabau Airport > Padang Panjang > Bukittinggi)

 Kalau sebut Indonesia, tiket paling murah adalah ke kawasan Sumatera. Let it be Medan, Padang, Aceh, dan sebagainya. Bertitik-tolak daripada tergugatnya iman melihat tiket AirAsia yang berbaloi (hehe), aku teruskan dengan perancangan untuk berjalan-jalan ke Padang, Indonesia. Tak ambil pakej tour guide, sebab aku suka merancang. Half of the joy in travelling is in the planning itself. Jadi, tolong jangan curi kebahagian aku.

By the way, rasa macam tiber sangat nak mula menulis. Post terakhir aku adalah pada tahun 2016 ya, sembilan tahun yang lepas! Iklan sekejap - writing is indeed my escape, so for the past number of years, I did journaling and micro-blogging (aka Twitter). But it couldn't compare to write in your very own personal space, the Blog. So, here I am, trying to capture back the moment with the intention of sharing. Cheers!

Kembali ke tajuk asal - Itinerari Padang, Indonesia. Sebetulnya, aku (dan suami, dan adik bongsu) ke Padang pada tahun lepas (2024) selama 4 hari 3 malam Setelah setahun baru dapat ilham (dan kerajinan) menulis hehe. Perjalanan kami dimulakan pada 1 Mac dengan menaiki penerbangan AirAsia pada jam 3.30PM (flight delay hampir satu jam). Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau (waktu Indonesia sekitar jam 4.30PM), kami disambut dengan awan gelap. Langit kota Padang mendung berawan dihiasi hujan renyai. Turun sahaja daripada perut kapal terbang, kami terus beratur di barisan Imigresen. Hampir sejam lebih baru selesai segala urusan dan dapat keluar daripada airport. Kami menyewa kereta (lepas kunci; pandu sendiri tanpa supir) daripada AmubaCorp - model Honda Brio Automatic dengan harga Rp. 350,000 per hari. Pihak kereta sewa sudah siap menunggu di luar airport, dan kami terus ke destinasi seterusnya.

Kereta sewa Padang: IG @amubatrip, Contact number: +62 811-6688-521 [RECOMMENDED]

Sekitar jam 6 petang, perjalanan hari pertama kami di Ranah Minang dimulakan ke menuju ke Bukittinggi. Kami singgah mengalas perut di Pasar Kuliner Padangpanjang - sebuah pasar malam yang terkenal dengan kepelbagaian menu. Tujuan utama untuk menikmati Nasi Kapau di Ampera Tanpa Nama. Selesai makan, kami pusing-pusing di Pasar Kuliner dan berpeluang menikmati Sate Padang bersama Alpukat Kocok. Tapi, sate Malaysia tetap nombor satu hehe.

Hujan renyai di Padang Panjang

Ampera Tanpa Nama - waktu malam pun ramai makan nasi!

Nasi kapau dengan aneka lauk (kerepek ubi pedas, belut goreng garing, rendang, etc). Sedap!

Sate Padang - jualan gerai Sate Soleram

Aneka fruit smoothies

Nasi Kapau vs Nasi Padang - NK macam nasi campur, kita bebas memilih lauk untuk terus dicampurkan dalam pinggan nasi. Kalau NP, lauk-pauk akan dihidangkan dalam piring berasingan.

Perut kenyang, kami teruskan perjalanan ke Bukittinggi. Terus check-in hotel, meluruskan kaki, dan berehat untuk aktiviti esok. Eh tapi sebelah hotel ada mini mart, maka, wajib singgah untuk beli jajanan dan kudapan. Okay zzzzzz next post untuk hari seterusnya hihi.

📌 Notakaki: Seeloknya ambil penerbangan waktu pagi, lebih banyak aktiviti boleh dilakukan. 

LINK 1 - ITINERARI RINGKAS PADANG, INDONESIA

LINK 2 - ITINERARI PADANG, INDONESIA HARI KEDUA

LINK 3 - ITINERARI PADANG, INDONESIA HARI KETIGA

LINK 4 - ITINERARI PADANG, INDONESIA HARI KEEMPAT & PULANG


No comments: