Itinerari Padang, Indonesia - Hari #2 (Lembah Harau > Pariangan > Bukittinggi)

Hari kedua kami di Bukittinggi dimulakan dengan perut berbunyi minta makanan. Okay jom cari sarapan. Kami makan di Pical Ayang, sebuah kedai makan dengan menu tempatan. Parking sahaja di bahu jalan, tidak susah. Wajib cuba Lontong Pical, sedapnya aduhai sampai ke hari ini terkenang-kenang, Gabungan mi, sayuran dan telur, bersama kuah kacang (ada letak cekur/kencur) = memang meletup. 

Pical Ayang Bukittinggi - sejak tahun 1975

Menu di Pical Ayang. Kosongkan perut dan cuba semua.

Teh Talua (teh telur) - macam makan pencuci mulut, manis leting!

Lontong Pical Telur dan Bubur Kampiun

Selesai mengisi perut, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, iaitu Lembah Harau. Waktu pagi yang sejuk berkabus dan trafik lancar tanpa kesesakan yang teruk, membuatkan perjalanan tidak begitu terasa. Untuk masuk ke Geopark Lembah Harau, dikenakan bayaran Rp. 5,000 bagi sebuah kereta. Ada pondok kutipan bayaran di pintu masuk Geopark Lembah Harau. Setelah melepasi "kutipan tol", teruskan sahaja pemanduan untuk ke mana-mana air terjun. Ataupun mahu pusing-pusing di sini. Pemandangannya sangat mendamaikan. Di sini, ada kurang lebih lima air terjun, di antaranya Sarasah Boenta, Sarasah Talang, Aka Barayun, Sarasah Donat, dan Sarasah Murai (sumber: https://shorturl.at/yL3Ic). Google Maps kurang membantu untuk lokasi jadi kami ikut je papan tanda arah. Tak tahu lah air terjun mana yang kami terjah, tapi cantik sungguh tempatnya. Singgah dua air terjun pun sudah cukup. 

Airnya sejuk laju deras daripada batu dan ramai warga tempatan (terutamanya kanak-kanak) yang mandi-manda. Berdiri di pinggir batu pun lencun terkena tempias air. Ada beberapa gerai jualan makanan kalau hendak menikmati gorengan atau kudapan. Jualan cenderahati pun ada, tapi kurang menarik. Sekadar t-shirt atau topi, lebih kurang begitu.

Lembah Harau berlatarkan kabus pagi





Salah satu air terjun di Lembah Harau, daripada celahan batu. Unik!




Seterusnya, kami bergerak ke Istano Basa Pagaruyung. Perjalanan lebih kurang dua jam. 

Pasar pagi tepi jalan

Nasib malang, dalam perjalanan, kereta kena langgar dengan motor haha adui lah. Adik yang bawak motor tu berhenti di tepi, minta maaf. Nak minta ganti rugi, tak sampai hati pula. Aduhai nasib badan. Call orang kereta sewa - katanya tak mengapa nanti bayar sahaja lebih kurang RM100 kepada mereka. Dalam hati dah panas haha tapi nasib baik, jumpa bengkel tepi jalan! Yuhuu! Tak sampai RM20 dorang repair - selesai!
Nasib baik!

View tepi bengkel


Perut lapar, kami singgah makan di RM. SAWAH LAMAN PINCURAN 7. Tak rancang untuk singgah, tapi kedainya nampak unik sebab ada tasik kecil di hadapan kedai dan istana kecil. Hidangannya memang enak & harga munasabah, kami makan total lebih kurang RM100. Siap ada surau, boleh singgah solat.






Selesai makan, dalam 10 minit drive, sampai dah ke Istano Basa Pagaruyung. Megah betul binaannya! Lokasi pula di pinggir bukit. Boleh sewa persalinan, tapi harap maaf kami panaih haha tak sanggup nak sauna extra. Ada tiket masuk, bayaran untuk pelancong Rp. 31.000 (anggaran RM10 - ni harga latest).

Pemandangan hadapan istana

Pemandangan daripada dalam istana





Kena tanggalkan kasut, nanti letak dalam plastik bernombor. Ambil di pintu belakang nanti keluar.

Dalam sejam pemanduan, kami singgah ke Desa Terindah Pariangan - destinasi terakhir hari ini. Nak drive naik ke atas, kena kental - jangan tengok kiri kanan sebab gayat! Kecil betul jalan naik ke atas. Tapi alang-alang dah di sini, rugi pula kan kalau tak singgah. Kami singgap ngopi with a view - gituh!





Pisang goreng dengan cuaca mendung - syahdu!

Hampir jam 5PM ketika ni. Kami terus bergerak ke Bukittinggi - takut jalan gelap nanti, lagi sukar nak memandu. Singgah sekejap di Istano Minang - Sulaman & Bordiran. Rambang mata tengok kain sulam, telekung, tudung, kain pelikat, dan macam-macam lagi. Kami tak sempat ambil gambar dalam kedai, tapi pinjam gambar Google je hehe. Kualiti telekung - kalau minat jenis sulaman old school - memang banyak pilihan. Personally, telekung Siti Khadijah jauh lebih cantik kualiti fabriknya. Tudung sulam pun ada pelbagai warna, jenis kain chiffon voile, bidang 45". Kain pasang okay lah, tak berapa berkenan.
Parkir luar kedai

Dalam kedai - credit Google


Selesai shopping, pecut terus ke penginapan. Mandi, solat Maghrib + Isya', dan keluar makan malam sebab perut dah berbunyi. Makan di Warung Mas Blangkon Pemuda - asalkan kenyang. Tapi makanannya enak juga, ramai sungguh waktu malam. Menu pelbagai, daripada ayam penyet hingga ke masakan panas.



Till then, ayo rehat!

No comments: