Morning sunshine! Hari ketiga kami di Bukittinggi, setelah dua malam menginap, kami decide untuk menghala ke bandar pula. Sarapan macam biasa, masih setia di Pical Ayang - belum puas makan lagi. Takut balik Malaysia nanti teringat-ingat.
Manih leting. Macam makan dessert! |
Ini juaranya! Sedap |
Terkejut insulin level di pagi hari |
Kami menuju ke kawasan Jam Gadang, nak tengok suasana pagi di sana. Parking je tepi jalan yang berdekatan hehe. Kebetulan ada sesi zumba, meriah sungguh. Ada juga rombongan sekolah memeriahkan lagi suasana pagi yang nyaman. Kami pusing di Pasa Ateh Bukittinggi, tengok jualan apa yang menarik. Ada souvenir (keychain, fridge magnet), novel tiruan (nampak sangat fotostat nya - kasihan para penulis), kain pasang, telekung, dan tudung.
Kerana cuaca mendung dan hujan renyai, kami sekadar singgah sahaja. Hajat di hati nak makan nasi kapau di Pasa Ateh, tapi kami datang awal sangat - kedai belum buka lagi. Jadi, kami singgah di kedai makan Nasi Kapau Uni Cah. Kecewa sedikit kerana masakannya tidak kena dengan tekak - agak masin dan kurang enak. Okay lah buat alas perut, takut susah jumpa kedai makan nanti.
Sebenarnya nak singgah Danau Maninjau, tapi Encik Driver (aka suami saya haha) cakap jalannya menakutkan - penuh selekoh. Jadi, kami decide untuk ke Danau Singkarak. Ini trip impromptu, itinerari pun boleh bertukar di pertengahan trip. Tak perlu terlalu mengikut plan asal, boleh ubah mengikut situasi hehe. Tengok map ada objek wisata Pantai Tanjung Mutiara - agak curious sebab pantai tepi tasik? Wah. Sekali sampai, penuhhh umat manusia mandi-manda dan berkelah. Musim cuti sekolah agaknya.
Daripada situ, kami terus sahaja ke salah satu viewpoint Danau Singkarak - Panorama Indah Danau Singkarak.
Dalam jam 3PM, kami terus ke Kota Padang. Tapi persinggahannya banyak hehe nampak je gerai kuih, terus berhenti. Beli buat kudapan dalam kereta.
Random tepi jalan - macam kuih bakar |
Lembah Anai - sekadar lalu sahaja |
Cantik masjidnya |
Terkejut tengok deretan bas dan kereta. Tempat pemandian - ada kolam gitu. |
Keesokan hari, flight jam 8AM. Jadi celik mata solat Subuh terus bergerak ke airport. Takut terlepas flight. Eh rupanya delay - AirAsia kan, biasalah.
Selamat tinggal Padang - semoga ketemu lagi! :)
LINK 1 - ITINERARI PADANG, INDONESIA HARI PERTAMA
LINK 2 - ITINERARI PADANG, INDONESIA HARI KEDUA
No comments:
Post a Comment