The Weekend

What a darn good weekend. Making these bottled up, forgotten, drown-in-bottom-of-sea feeling arise to surface seeing fresh light. It was, refreshing. To call back on this. Recounting them like bank handling cash - meticulously flipping through every notes. Salt-bae-ing the open wound. Or blister? Or idk what to call them. There's too much of them. Them? 

I've an interesting department (what I consider constitute part of my life) - introducing the Risk Management Bureau. In here - no reckless behavior is allowed. Always think of the what-if and prepare. Get your guards up in case anything happened. Relaxing? Not on your duty. Sacrifice oneself is the highest form of responsibility. Breathing at one-two-one-two. Plan ahead and allow no room for mistakes. Impromptu act is out of the window. You own nothing and nothing is yours.

Oh Lord, to be able to live recklessly - without any care of the world!

On a separate note, the topic of being used - without the other party even realizing. A selfish persona will get anyone out of this. Insufferable facade. Foolish or wise - would it bring any difference? No, to the mind of self-absorbed human. In some, they might consider to abolish the ties. Severe consequences, but still bearable. "Give a year or two, observe the changes. Inititate it. Pave the way ", say the old man. But - patience. The currency that fueling this - it might have lost on the way there. 

Searching. Finding. To no end. Nah, it gonna have an end. Definitely will, no date stamp.

Itinerari Padang, Indonesia - Hari #3 (Bukittinggi > Danau Singkarak > Kota Padang)

 Morning sunshine! Hari ketiga kami di Bukittinggi, setelah dua malam menginap, kami decide untuk menghala ke bandar pula. Sarapan macam biasa, masih setia di Pical Ayang - belum puas makan lagi. Takut balik Malaysia nanti teringat-ingat.

Manih leting. Macam makan dessert!

Ini juaranya! Sedap

Terkejut insulin level di pagi hari

Kami menuju ke kawasan Jam Gadang, nak tengok suasana pagi di sana. Parking je tepi jalan yang berdekatan hehe. Kebetulan ada sesi zumba, meriah sungguh. Ada juga rombongan sekolah memeriahkan lagi suasana pagi yang nyaman. Kami pusing di Pasa Ateh Bukittinggi, tengok jualan apa yang menarik. Ada souvenir (keychain, fridge magnet), novel tiruan (nampak sangat fotostat nya - kasihan para penulis), kain pasang, telekung, dan tudung. 






Kerana cuaca mendung dan hujan renyai, kami sekadar singgah sahaja. Hajat di hati nak makan nasi kapau di Pasa Ateh, tapi kami datang awal sangat - kedai belum buka lagi. Jadi, kami singgah di kedai makan Nasi Kapau Uni Cah. Kecewa sedikit kerana masakannya tidak kena dengan tekak - agak masin dan kurang enak. Okay lah buat alas perut, takut susah jumpa kedai makan nanti.



Sebenarnya nak singgah Danau Maninjau, tapi Encik Driver (aka suami saya haha) cakap jalannya menakutkan - penuh selekoh. Jadi, kami decide untuk ke Danau Singkarak. Ini trip impromptu, itinerari pun boleh bertukar di pertengahan trip. Tak perlu terlalu mengikut plan asal, boleh ubah mengikut situasi hehe. Tengok map ada objek wisata Pantai Tanjung Mutiara - agak curious sebab pantai tepi tasik? Wah. Sekali sampai, penuhhh umat manusia mandi-manda dan berkelah. Musim cuti sekolah agaknya.

Pantai Tanjung Mutiara






Daripada situ, kami terus sahaja ke salah satu viewpoint Danau Singkarak - Panorama Indah Danau Singkarak.



Dalam jam 3PM, kami terus ke Kota Padang. Tapi persinggahannya banyak hehe nampak je gerai kuih, terus berhenti. Beli buat kudapan dalam kereta. 

Bika Sikumbang


Mirip kuih dangai tapi lebih lembut, drpd tepung beras campur parutan kelapa dan gula

Random tepi jalan - macam kuih bakar


Lembah Anai - sekadar lalu sahaja

Cantik masjidnya

Terkejut tengok deretan bas dan kereta. Tempat pemandian - ada kolam gitu.


Jem teruk jalan ke Kota Padang, kami check-in dalam jam 7PM. Macam biasa, lepas mandi dan solat, kami ke Rumah Makan Fuja untuk makan malam terakhir di Padang. Sedikit sedih dah nak habis trip hehe. Yang ini sungguh, sedap hingga menjilat jari! Tapi untuk tiga orang, memang pecah perut. Menu utama kami ambil ikan bakar, udang bakar dan sotong bakar. Ada rempah khas - memang terangkat! Sambal, nasi dan sayuran - seperti biasanya nasi padang. Harga standard seafood di Malaysia, sama sahaja. 5/5!



Keesokan hari, flight jam 8AM. Jadi celik mata solat Subuh terus bergerak ke airport. Takut terlepas flight. Eh rupanya delay - AirAsia kan, biasalah. 

Itinerari Padang, Indonesia - Hari #2 (Lembah Harau > Pariangan > Bukittinggi)

Hari kedua kami di Bukittinggi dimulakan dengan perut berbunyi minta makanan. Okay jom cari sarapan. Kami makan di Pical Ayang, sebuah kedai makan dengan menu tempatan. Parking sahaja di bahu jalan, tidak susah. Wajib cuba Lontong Pical, sedapnya aduhai sampai ke hari ini terkenang-kenang, Gabungan mi, sayuran dan telur, bersama kuah kacang (ada letak cekur/kencur) = memang meletup. 

Pical Ayang Bukittinggi - sejak tahun 1975

Menu di Pical Ayang. Kosongkan perut dan cuba semua.

Teh Talua (teh telur) - macam makan pencuci mulut, manis leting!

Lontong Pical Telur dan Bubur Kampiun

Selesai mengisi perut, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, iaitu Lembah Harau. Waktu pagi yang sejuk berkabus dan trafik lancar tanpa kesesakan yang teruk, membuatkan perjalanan tidak begitu terasa. Untuk masuk ke Geopark Lembah Harau, dikenakan bayaran Rp. 5,000 bagi sebuah kereta. Ada pondok kutipan bayaran di pintu masuk Geopark Lembah Harau. Setelah melepasi "kutipan tol", teruskan sahaja pemanduan untuk ke mana-mana air terjun. Ataupun mahu pusing-pusing di sini. Pemandangannya sangat mendamaikan. Di sini, ada kurang lebih lima air terjun, di antaranya Sarasah Boenta, Sarasah Talang, Aka Barayun, Sarasah Donat, dan Sarasah Murai (sumber: https://shorturl.at/yL3Ic). Google Maps kurang membantu untuk lokasi jadi kami ikut je papan tanda arah. Tak tahu lah air terjun mana yang kami terjah, tapi cantik sungguh tempatnya. Singgah dua air terjun pun sudah cukup. 

Airnya sejuk laju deras daripada batu dan ramai warga tempatan (terutamanya kanak-kanak) yang mandi-manda. Berdiri di pinggir batu pun lencun terkena tempias air. Ada beberapa gerai jualan makanan kalau hendak menikmati gorengan atau kudapan. Jualan cenderahati pun ada, tapi kurang menarik. Sekadar t-shirt atau topi, lebih kurang begitu.

Lembah Harau berlatarkan kabus pagi





Salah satu air terjun di Lembah Harau, daripada celahan batu. Unik!




Seterusnya, kami bergerak ke Istano Basa Pagaruyung. Perjalanan lebih kurang dua jam. 

Pasar pagi tepi jalan

Nasib malang, dalam perjalanan, kereta kena langgar dengan motor haha adui lah. Adik yang bawak motor tu berhenti di tepi, minta maaf. Nak minta ganti rugi, tak sampai hati pula. Aduhai nasib badan. Call orang kereta sewa - katanya tak mengapa nanti bayar sahaja lebih kurang RM100 kepada mereka. Dalam hati dah panas haha tapi nasib baik, jumpa bengkel tepi jalan! Yuhuu! Tak sampai RM20 dorang repair - selesai!
Nasib baik!

View tepi bengkel


Perut lapar, kami singgah makan di RM. SAWAH LAMAN PINCURAN 7. Tak rancang untuk singgah, tapi kedainya nampak unik sebab ada tasik kecil di hadapan kedai dan istana kecil. Hidangannya memang enak & harga munasabah, kami makan total lebih kurang RM100. Siap ada surau, boleh singgah solat.






Selesai makan, dalam 10 minit drive, sampai dah ke Istano Basa Pagaruyung. Megah betul binaannya! Lokasi pula di pinggir bukit. Boleh sewa persalinan, tapi harap maaf kami panaih haha tak sanggup nak sauna extra. Ada tiket masuk, bayaran untuk pelancong Rp. 31.000 (anggaran RM10 - ni harga latest).

Pemandangan hadapan istana

Pemandangan daripada dalam istana





Kena tanggalkan kasut, nanti letak dalam plastik bernombor. Ambil di pintu belakang nanti keluar.

Dalam sejam pemanduan, kami singgah ke Desa Terindah Pariangan - destinasi terakhir hari ini. Nak drive naik ke atas, kena kental - jangan tengok kiri kanan sebab gayat! Kecil betul jalan naik ke atas. Tapi alang-alang dah di sini, rugi pula kan kalau tak singgah. Kami singgap ngopi with a view - gituh!





Pisang goreng dengan cuaca mendung - syahdu!

Hampir jam 5PM ketika ni. Kami terus bergerak ke Bukittinggi - takut jalan gelap nanti, lagi sukar nak memandu. Singgah sekejap di Istano Minang - Sulaman & Bordiran. Rambang mata tengok kain sulam, telekung, tudung, kain pelikat, dan macam-macam lagi. Kami tak sempat ambil gambar dalam kedai, tapi pinjam gambar Google je hehe. Kualiti telekung - kalau minat jenis sulaman old school - memang banyak pilihan. Personally, telekung Siti Khadijah jauh lebih cantik kualiti fabriknya. Tudung sulam pun ada pelbagai warna, jenis kain chiffon voile, bidang 45". Kain pasang okay lah, tak berapa berkenan.
Parkir luar kedai

Dalam kedai - credit Google


Selesai shopping, pecut terus ke penginapan. Mandi, solat Maghrib + Isya', dan keluar makan malam sebab perut dah berbunyi. Makan di Warung Mas Blangkon Pemuda - asalkan kenyang. Tapi makanannya enak juga, ramai sungguh waktu malam. Menu pelbagai, daripada ayam penyet hingga ke masakan panas.



Till then, ayo rehat!