Him



Assalamualaikum wbt.

Persoalan utama aku, apakah resepi rahsianya? Bagaimanakah caranya untuk aku mengubah realiti dunia yang bagiku kini teramat kejam. Umpamanya ia akan menelan sesiapa sahaja yang melanggar aturannya. Tak begitu?
Jangan salahkan aku yang begitu asyik dengan kata-kata. Jangan salahkan realiti andai kita sendiri lemah longlai tatkala dihentam amukannya. Nah kita ini, jatuh bangun seakan tiada kesan. Maksud aku, setiap kali kita diamuk realiti, try take a moment. RETHINK. Of your life. Are you making it worth for you to live in? Are you making your best out of it? RETHINK.
Tapi satu sahaja, jangan pernah menyesali kehidupan yang kau ada sekarang. Kerana bagi aku, itulah jalan yang kau pilih. Dan kau punya alasan tersendiri mengapa jalan itu menjadi pilihan. Yang pada waktu sekarang, alasan/sebab itu tak lagi kau ingat.

Untuk aku, life has just begun. My life has just started. (walaupun pada kenyataannya hidup aku bermula saat aku mengambil hirupan oksigen pertama ku, tapi whatever la haha) Yes the truth is I don’t even remember why I took this path. And I guess I too need to rethink, of my life.
Betulkah jalan yang aku ambil ni? Andai aku tersalah langkah, pada siapa aku harus berpaut? Atau aku sudah hilang dahan tempat ku berhenti menghela nafas? …
Aku tak tahu.

Yang aku tahu, Allah Azza Wajalla sentiasa bersamaku. Andai aku sesat, hanya pada-Nya aku memohon. Kalau nanti aku tak tahu, kepada Yang Maha Bijaksana  juga aku menadah doa. Tiada yang lain. Melainkan Dia.

p/s: Aku tengah emo kbye. 

No comments: