Cuti : Tidur dan Makan. Repeat.

lawaaaaaaaaa


Assalamualaikum :)

Rasanya dah hampir dua bulan aku bersuka-ria dengan cuti ni.. Hewhew. Masa kalau dibazirkan memang cepat je terasa perginya kan? *sengih nampak gigi* 

So far, apa je yang aku dah accomplished? Nothing. 

Herher. Memang takde mende pungggg. Okay okay untuk mem-back-up diri sendiri, setakat ni aku memang duduk rumah je. Praktikal untuk menjadi surirumah berjaya la katakan. Tapi tak ke mana pun berjayanya aku ni haha. Setakat pandai masak sikit-sikit buat alas perut tu boleh lah. Kemas rumah? Haish ni yang nak berlagak sikit ni. “Ini rumah guwa vacuum tiap tiap hari ooo. Tapi lepas kemas, sepah. Lepas kemas, sepah. Pedap mak.”

Okay so apa yang aku dah belajar untuk cuti ni?

#1 Jangan bangun lambat. Jangan dan jangan. Peringatan keras, J A N G A N.
Haa kenapa tak boleh bangun lewat? Tak cuti la kalau bangun awal. Banyak cantik kauuu. Pahtu sapo nok masok? Kahkah. Ini serius. Andai nasi pun tak masak lagi, sila lah bangun awal.
Meh nak cerita pengalaman aku bangun lambat ni. That day, aku bangun dalam pukul 12 lebih. Ayah aku balik dalam pukul 1:30 gitew. Bayangkan, apa je yang aku sempat masak. Nasi? Memang masih dalam fizikal asalnya, beras. Lauk? Hm hmm mimpi la kau. Tu haa, masih mentah berenang dalam letupan lautan minyak dalam kuali tu. Dah tu ayah kau nak makan hape? Hoyeah makan angin le jawabnya. Hahaha. Sebenarnya dah dua tiga kali lah jugak perkara ni terjadi hehe. Tapi sekarang dah okay dah. I mean takde la jadik sampai ayah aku tak makan balik rumah.
Lesson learnt. Period.

#2 Mandi? Sehari sekali pun bisa aja dong.
Untuk manusia macam aku, mandi sehari sekali itu normal. Mandi dua hari sekali itu abnormal. Okay this is applied on hari cuti only. Buat apa nak membazir air kan? Tapi nasihat aku, mandi la dua hari sekali. Nampak sikit rajinnya ;)

Untuk #3, entah lah. Tak dapat nak dicernakan. Mungkin kena tunggu 2-3 minggu lagi kot hooho.


No comments: