Assalamualaikum semua (:
*jawab salam dalam hati okay*
Pejam celik pejam celik dah hampir 4 bulan aku mengharungi cuti SPM *ewah* Eh banyak tau dugaan masa cuti ni.
First month.
Peh best gila weh. Rasa macam heaven on Earth. Sungguh. We can do everything we can't do during school time. Contohnya stay up late doing nothing than online, tengok TV 24/7, makan makan makan makan tidur tidur tidur, fangirling to Justin Bieber *ehekkk* to infinity and so lots more. Then on the first month, i actually work ! Wow personally aku tak percaya aku bekerja *ehem ehem* Hahahha but....
Second month.
There you go. I quit my job lol i'm serious. Aku berhenti kerana aku adalah anak emak yang tak tahan bekerja dengan persekitaran yang tidak membina penuh dengan cabaran. Fullstop. K aku gurau je. There'exactly few definite reason why i quit. And let me the only one who knows about that. ☺ I've to do all the house chores ( well not all of it actually ) setelah aku tak lagi bekerja. And aku masih menggemari segala jenis aktiviti tersebut. I'm such an indoor person *sigh*
Third month.
Bosan sudah mula menguasai. Masih mampu bernafas dengan sempurna Alhamdulillah. On this time aku mula terfikir, dekatkan diri awak tu dengan Allah SWT. Dah lah masa nak ambil exam sembahyang pun main -main je, amal ibadah yang lain apatah lagi. Tenggelam timbul tenggelam timbul. Jadi ini lah masanya untuk tebus balik diri ini. Macam mana nak tebus ? Pergi Kedai Pajak Gadai Ah Seng dan cakap kau nak tebus kesalahan kau lepastu confirm sah pasti Pusat Sakit Jiwa lah tempat kau. Lol okay okay i'll be serious like no one ever be.
*SERIOUS MOOD ACTIVATED*
Contoh.
1) Solat : Solat pada awal waktu. Dah duduk rumah kan, takdenya alasan nak sembahyang hujung-hujung waktu. Fahami bacaan dalam solat, pergi tanya MakCik Google sana, kompem dia tahu. Banyakkan solat-solat sunat. Solat Dhuha, Solat Hajat, Solat Sunat Taubat dan lain-lain.
2) Al-Quran : Cuba pelajari cara bacaan yang betul, yang bertajwid, dan fahamkan maksud dia. Bukak kitab Tafsir Al-Quran tulisan Hamka tu ( Tafsir Al-Azhar ). Read it, learn it. Be a better muslim/muslimah.
3) Hablum Minannas : Hubungan sesama makhluk. Pokok, haiwan, manusia. Jaga hubungan sesama manusia, mulut tu jangan laser sangat, sila cakap berlapis *note to myself uhuhu*
~Bagi sesetengah orang mesti cakap, "Alah perkara basic macam tu pun kau tak tahu ke?" or "Semua tu aku dah belajar lah masa kat sekolah chill k." and other else. To be honest, i'm not the perfect Muslim, masih berusaha, lompang-lompang kelemahan masih ketara. Give me time to learn those 'basic' again.~
Fourth month.
Still in the fourth month. Sedang cuba menghargai segala benda yang aku tak pernah hargai. Kenapa ? Sebab lepasni mestilah kena duduk asrama kan. *lagu sedih pehlisss* I'm scared... Okay nvm. Jadi mestilah kena hargai semua benda yang kita ada kan, kalau tak nanti teringat-ingat masa kat asrama eheh solid tak alasan tu ? :p Ilmu agama kena mantapkan lagi, nanti kat asrama takde mak ayah keluarga yang nak ingatkan semua tu sepanjang masa. Malangnya ada ketika juga aku leka *eheh* tapi berusaha lah untuk keluar daripada kelekaan itu.
Itu sahajalah. I got nothing else to say. Penat dah memerah idea untuk post kali ini. Hehe adios !
Maaf kalau ada kesilapan informasi / maklumat / frasa yang aku gunakan. Sila tegur kalau ada salah ya. Jangan takut aku tak makan orang aku hanya makan semua makanan kecuali manusia.
No comments:
Post a Comment