*Click for a larger view*
Assalamualaikum J
Rasa macam nak buat KOMSAS pulak eh nak kasi pendapat fasal
novel-novel nih. Hihi teringat kah aku pada kenangan SPM ? Barangkali ya. “
Kita takkan pernah menghargai sesuatu sehingga kita kehilangannya”. Ouch
tiba-tiba rasa macam makan cili pulok ya. The end of the intro. Let get started
to the main point readers.
Jadi secara
asasnya buku Setia Hujung Nyawa ni menemui pembaca melalui cetakan pertamanya
pada tahun 2011. Lama dah keluar sebenarnya buku. Dan dah lama juga buku ni
menjadi penghuni rak buku aku. Hakhak. Dan tiba-tiba pula jadi fofular sampai
orang datang kedai buku pun tanya fasal novel ni tau. Semua kerana novel ini
menjadi asas pembikinan drama Setia Hujung Nyawa yang sedang ditayangkan di TV3
setiap 7 petang tu. *promote sekejap* Pendapat aku tentang novel ini nanti
tidak akan dipengaruhi oleh drama tersebut. Hehe.
Bermulanya...
Novel ini berkisar
tentang watak utama, Ersalina Imani yang dipaksa berkahwin dengan Zain.
Sebenarnya bukan dipaksa pun, bagi aku Ersalina pun ada rela dalam mak dia
paksa-paksa tu. Dan sebenarnya ketika itu Ersalina sedang menjalin hubungan
dengan Iqram. Tapi Iqram tinggalkan dia gantung tak bertali. Dan sebenarnya juga, Ersalina masa ni dah pun
mengandung. Ups true that. Hanya Haliza (ibu Ersalina) mengetahui tentang
hakikat itu. Sebab itu lah dia beriya nak kahwinkan Ersalina dengan Zain. Bila
dah kahwin, cinta mula berputik. Rasa sayang mula bercambah. Tapi tanpa
disangka berita Ersalina mengandung kemudian keguguran mencemarkan hubungan
mereka yang baru sahaja dibayangi mimpi indah. Kemudian apabila hubungan mereka kembali baik,
Zain pula kemalangan. Pada saat yang sama, Ersalina disahkan mengandung (this
time memang anak Zain). Kelancangan mulut Hady membongkar rahsia Ersalina yang
awalnya mengandung dan keguguran janin yang bukan benih Zain. Then much
conflict happened later. When everyone seems to be so complicated, things get
cleared up by Zain and her Ersalina. Macam biasa, ending adalah happy ever
after J
Banyak lagi tricky
part yang ditonjolkan oleh penulis tapi takkan lah aku nak tulis full detail
kan. Nanti tak best lah baca novelnya kalau semua benda aku dah cerita kat
sini. Haa ada lagi satu.
Lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina ataupun perempuan musyrik, dan perempuan yang berzina tidak mengahwini melainkan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman. (Surah al-Nur:3)
Petikan surah di
atas nih merupakan klu paling utama untuk novel ni. Hihi. Tapi aku tak tahulah
drama tu dia guna tak plot yang sama. I don’t know okeh.
Overall, gaya bahasa dia memang baik. Aku baca pun
lancar je, takde tersangkut-sangkut. Takde part yang aku anggap annoying
ataupun melebih-lebih. Semuanya okay. Plot mungkin agak berserabut tapi masih
dalam keadaan baik. So aku kasi 4/5 bintang untuk novel ni.
So readers, enjoy
your novel and have a nice day !
Sekian
wassalam.
No comments:
Post a Comment