I wish Mathematics was this fun. |
Assalamualaikum.
Yes, tadi aku terpaksa memerah otak sedaya upaya untuk menjawab paper Add Math. Yang sangat susah. Kerana saya malas nak setadi. Huahua. Pada saat-saat ni, rasa menyesal sebab tak belajar memang menimbun banyaknya. -_____-"
Menyesal tak terkata nih jawabnya. Mula-mula seminggu sebelum exam mula, cikgu ada kasi soalan-soalan tudingan yang mungkin akan keluar ( Bukan setakat mungkin, tapi style soalannya memang sebijik sejibun sama. Kembar siam betul soalan tu ya ).
So aku study lah based on soalan tu. Okay foinee, aku tipu. Aku tak study T_____T Aku start study Add Math sehari sebelum exam. Tu pun nasib baik Teacher Nisak ada buat kelas petang. Yeah, walaupun hari itu adalah Hari Guru, tapi Teacher tetap buat kelas. Walau ribut taufan melanda Bandar Penawar, kelas Add Math takkan pernah dibatalkan ya ;) Lepas tu, malam pulak study ramai ramai kat rumah Yana. Naik beku otak aku belajar Add Math semalam tahu.
Tapi macam biasalah, dah nama pun study last minute, apa je lahh yang otak aku ni mampu serap. Then bila dah duduk menjawab kertas tu, haaaa. Hambik kau. Terkedu terkejung kau dekat situ. Tergamam tengok soalan, lagi2 kertas 2. Thennn, aku nampak ada lah satu dua soalan ni. AKU DAH BUAT MALAM TADI. BUT AKU TAK DAPAT NAK BUAT. Otak aku terus stuck. Ugh ! Menyesal tak sudah.
Tapi nak menyesal macam mana pun, aku takkan dapat undur balik masa. Takkan dapat jawab balik soalan tu. Aku cuma boleh tebus kesalahan aku masa SPM nanti. Hehehe, azam tengah berkobar-kobar ni. Lol.
p/s : Esok takde exam. So boleh ponteng sekolah. Yeah yeah. ;p
Okay, bye bye.
No comments:
Post a Comment