Assalamualaikum.
Actually dah 2 hari dah aku balik dari bengkel tu. Tapi malas nak tulis entry pasal tu. Hehe. So now aku memang on the mood nak story morry ni. Btw bengkel ni hanya untuk sekolah PPS sahaja okay. Overall bengkel tu memang best lah. Awesome !
First day ( Sabtu )
Bertolak dari Bandar Penawar dalam pukul 9 pagi then sampai kat Felda Residence Trolak, Perak dalam pukul 3.30 ptg. (laju kan cikgu tu bawak. Around 130 - 16- km/h) Sampai2 terus check in, dia kasi bilik woo bukan dorm. Cheers for that. Satu bilik 3 orang. Aku, Fatin ngan seorang budak Kuala Repas, Pahang. Nama dia Jannah. She was a nice person tau. After rehat2 sekejap dalam bilik, turun dewan dia pula untuk taklimat. Pukul 6 sampai pukul berapa ntah aku tak ingat. Then naik bilik semula. Kfine, sebenarnya kena sembahyang jemaah kat surau but aku ni malas so sembahyang kat bilik je la. Turun pun untuk makan malam je. Then dalam pukul 8.30 turun dewan tu lagi, ada talk about these Science Innovation things la. Habis dalam pukul 11 malam. Masuk bilik terus terbungkang la aku jawabnya. Then malam tu, tetiba roomates Acad call2 bilik aku. Biasa la, lelaki. Tengah marketkan diri lettew. Aku, malas nak layan, terus tidur je la. (Eceh, padahal..Lol. Gurau je la. XD)
Second day ( Jumaat )
Pagi tu, semua pelajar dibahagikan kepada dua group. Sekolah aku group first. So kena buat Kajian Lapangan la. First, pergi Felda Gunung Besout 1. Tengok Edible Garden peneroka2 Felda.
Then pergi pejabat Felda pulak, tengok Edible Garden yang dekat sana pula. Selepas itu, baru pergi ke Kilang Kelapa Sawit. Masa tu memang ngantuk la. Aku memang dengar tak dengar je la apa yang dia cakap tu.
Petangnya pula, ada aktiviti pasal Robotik. Semua kena buat robot tapi based on set yang ada lah. Tinggal pasang ikut manual dia je. Sekolah aku paling cepat siap (bangga sikit ni. Hehe.) Then testing2 robot tu kat belakang. Aku malas nak test so jadi tukang tengok je la jawabnya.
Malam pulak, ada pulak bengkel pasal pembentangan yang kteowang kena buat esok harinya. Paling aku geram, malam tu balik bilik memang la sama2 buat kat koridor tu. TApi Acad ngan Annur masing2 buat kerja sendiri. Tak geram sangat la aku kan. Malam tu memang macam full of stress. Sakit hati dengan....then sakit hati pasal pembentangan tu. Then macam2 perasaan la aku rasa malam tu. Sumpah sakit beb.
Last day ( Sabtu )
Pagi tu, turn pembentangan group kteowang is the second last. Tapi sumpah bengang beb, aku yang kena cakap seorang diri kat depan tu. Means, memang la semua naik sama2 tapi yang kena cakap tu aku sorang je wei. Menggigil tak menggigil suara aku masa tu. Tapi kesah ape aku kan. Kesah tak kesah pun aku bengang woo kat depan tu seorang2. Phew, menggeletar sekejap. Then all that things habis pukul 12. Pukul 1.15 start gerak balik Johor. Feelings masa tu? Entah la. Happy ak. Sedih pun tak. Aku rasa macam kosong dan pelik dan tersangatlah pelik. Kenapa pelik? Hehe, ada lah. Hanya kawan2 aku je yang tahu. Because i left part of my heart there. Eceh, ayat tak boleh blah kan aku ni. Takdelah, sebenarnya penat. Tu je lah. Sampai Bandar Penawar dalam pukul 7.55 malam la. Penat memang penat. Katil lah sasaran aku masa balik tu. Rindu woo kat katil aku. Tiga hari berpisah tu. Kihkihkih.
Conclusion : Bengkel tu boleh tahan lah. Aku suka sebab peraturan tak ketat sangat. Cth, takyah turun sembahyang, boleh pakai seluar jean ( walaupun sebenarnya tak boleh ) dan tidur kat bilik bukan kat dorm. Awesome meh.
No comments:
Post a Comment