The Baking of Kuih Raya

Assalamualaikum.
Gempak tak tajuk kali ni ? (Poyo habis :P) Sebenarnya family aq buat kuih ni malam semalam tapi tak sempat nak post. Ye la, aq baru nak online mak aq dah suruh mop lantai lah, kemas dapur lah, pasang langsir lah, macam2 lagi lah kan. Kuih yang dibuat pada malam tersebut merupakan Biskut Kelapa, Biskut Kacang dengan Cornflakes Coklat. Seeedaaapp siot. P: So sekarang aq nak share lah moment2 di mana kuih2 tersebut sedang dibuat. Jom tengok :D


Masa ni semua buat kuih kat luar. Kalau nak buat kat dapur gerenti bersepah satu rumah. Jadi kalau buat kuih kat veranda dapur takdelah bersepah yang amat. Sebenarnya adik aq yang lelaki tuh tukang kacau jek. Bukan buat pun. Hampeh je lebih.

Haa, ni lah Cornflakes Coklat tu. Senang je. Just campurkan cornflake, buah-buahan kering dan coklat masak. Then masukkan ke dalam cup. Tu je. Taburkan gula manik sekali. Baru cute kan.


Yang ni pulak Biskut Kelapa. Yang ni belum masak. Nak tengok yang dah masak sila beraya ke rumah ye.

Yang ni pun Biskut Kelapa jugak tapi ce tengok, dye punya tabur2 kat atas lain kan.

Ni lah Biskut Kacang ! Sedap woo. Dye punya tabur2 pun dah meriah kan. Gempak beb. Aq taw yang tukang tabur2 nih. Aq main tabur jek ikut sesedap rasa. Yang penting meriah woo.

Soo ini je lah sesi buat kuih tahun ni. Sikit ? Tu pun dah cukup penat tawu tak. Nazak sekejap aq. Huh. Jadi sebagai akhir kata, aq nak ucapkan :

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin
Sori le kalau ade salah silap. Terngumpat, tersakitkan hati ke, terdengki ke dan segala jenis TER lagi. Sorry sangat2 lah ea.


No comments: